Monday, 17 October 2016

MERRILL'S FIRST PRINCIPLES

                         

These five first principles stated in their most concise form are as follows:
1. Learning is promoted when learners are engaged in solving real-world problems.
2. Learning is promoted when existing knowledge is activated as a foundation for new knowledge.
3. Learning is promoted when new knowledge is demonstrated to the learner.
4. Learning is promoted when new knowledge is applied by the learner.
5. Learning is promoted when new knowledge is integrated into the learner’s world.


           Image result for merrill's first principles of instruction

Tuesday, 11 October 2016

RP

Contoh Rancangan Pengajaran

Tajuk : Haiwan

Model Pengajaran : Gagne’s Nine Event Of Instruction

Nama : 

Umur Pelajar : 5 Tahun

Bilangan Pelajar : 15 orang murid

Masa : 45 minit

Hasil Pembelajaran:
Murid- murid dapat menguasai topik haiwan dengan menamakan haiwan, mengenal pasti bunyi haiwan dan habitatnya.

Objektif :   
1.      Menamakan  haiwan.
2.      Dapat mengenal pasti haiwan dan gaya serta bunyinya.
3.      Dapat membezakan habitat sesuatu haiwan.

Pengetahuan sedia ada kanak-kanak :
Pengetahuan asas tentang binatang peliharaan seperti burung, arnab, kucing, anjing,ikan, kura-kura dan lain- lain.

Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
( 5 minit)
Menunjukkan gambar  haiwan dan bersoal jawab mengenai gambar yang dipaparkan
1.      Guru menerangkan objektif pembelajaran kepada murid-murid.
2.      Guru  menarik perhatian murid-murid dengan menunjukkan gambar haiwan menggunakan MS Power Point.
3.      Guru mengajukan soalan tentang gambar haiwan yang ditunjukkan  kepada murid-murid.
(a)    Apakah haiwan kesukaan murid-murid ?
(b)   Adakah sesiapa yang memelihara haiwan peliharaan di rumah ?
(c)     Adakah kamu memelihara haiwan ini di rumah anda?
BBM: Menggunakan  MS Power Point

Teknik :
 Soal jawab

KBKK :
Menjana idea pemikiran kreatif

Nilai : Bertutur dengan sopan
Perkembangan Langkah 1
( 10 minit)
Memainkan rakaman video mengenai pergerakkan haiwan dan bunyinya
1.      Guru memainkan rakaman tersebut dan murid- murid akan mendengarnya.
2.      Selepas rakaman dimainkan, guru meminta murid-murid membuat gaya dan bunyi haiwan mengikut video yang ditunjukkan.
BBM: Menggunakan Youtube

Nilai : Mendengar dengan teliti
Perkembangan Langkah 2
( 10 minit)
Menunjukkan gambar untuk membezakan habitat sesuatu haiwan
1.      Guru menunjukkan kad gambar tempat habitat haiwan.
2.      Murid-murid diminta membezakan tempat habitat mengikut sesuatu haiwan.

BBM: Menggunakan website

Teknik :
 Memadankan gambar

KBKK :
Menjana idea pemikiran kreatif

Nilai : Keyakinan
Perkembangan Langkah 3
(15 minit)
Memberi tugasan untuk mengenal pasti kefahaman murid terhadap topik yang diajar
1.       Guru memberi lembaran kerja kepada setiap murid-murid.
2.      Guru membimbing murid-murid untuk menyiapkan tugasan mengenai topik haiwan.
3.      Guru mengenal pasti sama ada murid-murid dapat memahami topik yang diajar dengan membincangkan tugasan tersebut.
BBM:
Menggunakan Website

Nilai:
Patuh kepada arahan
Refleksi
(5 minit)
Membuat rumusan ringkas tentang topik yang diajar
1.      Guru membuat rumusan dengan menyoal murid semula tentang apa yang dipelajari hari ini.
2.      Guru mengenal pasti teknik pengajaran yang digunakan sama ada bersesuaian atau tidak.
3.      Guru akan memberi latihan yang bersesuaian dengan topik dari semasa ke semasa.



WEBSITE INTERNATIONAL VS MALAYSIA


05 10 16

Pilih lima laman web yang diperoleh daripada Internet untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Pendidikan Khas. Berikan pandangan terhadap kelebihan dan kekurangan laman web tersebut. Penyampaian maklumat dalam perisian persembahan. 


     Pada hari ini, Rabu, 5hb Oktober, kami pelajar subjek PPEA 2106 membentangkan presentation tentang kelebihan dan kekurangan website yang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Setiap website yang kami bentang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Banyak yang kami belajar untuk mengetahui website yang bagus dan yang mempunyai kekurangan. 

s   Selain itu, kami juga perlu mengemukakan perbezaan antara website International dan Malaysia. Terdapat beberapa perbezaan antaranya ialah website Malaysia menggunakan dasar pendidikan yang digunakan di Malaysia. Manakala website diluar negara berbeza, mereka menggunakan tahap pendidikan mengikut negara masing-masing.  

Tuesday, 4 October 2016

BlendSpace


Image result for blendspace

Hari ini dalam kelas, kami belajar tentang cara-cara bagaimana nak buat Blendspace. Ini adalah antara tugasan individu yang perlu kami lakukan sepanjang sem ini.

BlendSpace Tutorial






Image result for blendspace




Image result for blendspace